Isnin, 31 Januari 2011

REALIZE LIFE MORE POISON

Sort Bored....sometym vry hard to analyze wht we see n listen...maybe some people more to easy think n just judge direct what they knoe without finded how n why this situation happen...if u think what u do rite...so just go on what u want but sometym we need to take n give to each other...bcoz this is not are ways how to solve disz prob...Like " menarik rambut dalam tepung" maybe we can think what a mean diz words...

Khamis, 20 Januari 2011

menutup Tirai...

tahun 2010 sudah pun melabuhkan tirai....kini kita sedang menikmati suasana January 2011....seperti tahun-tahun yang lepas semua orang pasti berimpian untuk melaksanakan azam baru...biarpun azam yang lama belum tercapai dan terlaksana sepenuhnya tapi niat untuk memasang impian baru tetap ada....Biar apa pun impian dan misi kita tahun ini....jadikan tahun ini lebih bermakna dari tahun -tahun sebelumnya.... impian terbesar saya adalah............. 1. N_ _ _ _ _ S 2. W _ _ _ _ _ _ N 3. P _ _ _ _ _ S 4. J _ _ _ H _ _ _ H 5. K _ _ _ A K _ _ _ _ _ _ N kalau tercapai salah satu tue pun jadilah... Kepada semua famili tak kira jauh atau dekat...sahabat2 , teman, member, dan sesiapa yang mengenali diri ini....Happy New year 2011......semoga Allah SWT memberi kesempatan untuk kita merealisasikan impian yang kita impikan......Ya Allah aku hambaMu yang kerdil memohon perlindungan dari angkara syaitan durjana yang sentiasa berusaha untuk menghancurkan cucu adam....amin....

Rabu, 17 November 2010

Kereta Sport dan Al-Quran...

Sekadar renungan bersama....aku sememangnya suka membaca kisah-kisah tauladan yang mampu membuka mata kita tentang kedaifan cara kita berfikir...Mungkin kita rasa diri kita adalah yang "TERBAIK" tanpa sedar..."PERASAAN" yang kita miliki "TERBAIK" itu adalah "KELEMAHAN" kita...Di ruangan BLOG ini aku ingin berkongsi satu kisah tauladan....Mungkin peristiwa ini pernah terjadi....kalau boleh baca dan ambillah pengajaran sebanyak yang mungkin...

Seorang pemuda yang sedang berada di tahun akhir pengajiannya mengharapkan sebuah kereta sport daripada ayahnya. Lantas, si pemuda memberitahu hajatnya kepada ayahnya, seorang hartawan yang ternama. Si ayah hanya tersenyum. Si anak bertambah yakin, andai keputusan peperiksaannya

begitu cemerlang, pasti kereta itu akan menjadi miliknya….

Beberapa bulan berlalu. Ternyata si anak, dengan berkat kesungguhannya telah beroleh kejayaan yang cukup cemerlang. Hatinya berbunga keriangan.

Satu hari, si ayah memanggil si anak ke bilik bacaannya. Si ayah memuji anaknya sambil menyatakan betapa bangga hati seorang bapa sepertinya dengan kejayaan si anak yang cukup cemerlang. Si anak tersenyum puas. Di ruang matanya terbayang kilauan kereta sport merah yang selama ini menjadi idamannya itu. Si ayah yang bagaikan mengerti kehendak si anak, menghulurkan sebuah kotak yang berbungkus rapi dan cantik.

Si anak terkesima.

"Sungguh...bukan itu yang kuhajatkan".

Dengan hati yang berat kotak itu bertukar tangan. Matanya terarah kepada riak wajah ayahnya yang tidak menunjukkan sebarang perubahan; seolah-olah tidak dapat membaca tanda tanya yang bersarang di hatinya. Dalam pada itu, si anak masih membuka pembalut yang membungkus kotak itu. Penutup kotak dibuka. Apa makna semua ini? Sebuah Al-Quran kecil; comel dengan cover kulit tinta emas menghiasi tulisan khat di muka hadapan. Si anak memandang ayahnya...terasa dirinya dipermainkan. Amarahnya membuak. Nafsu mudanya bergelojak.

"Ayah sengaja mempermainkan saya...ayah bukannya tidak tahu betapa saya menyukai kereta tu...bukannya ayah tidak mampu untuk membelikannya ... sudah ayah...bukan al-Quran ni yang saya nak... " Katanya keras. Al-quran itu dihempaskan ke atas meja bacaan. Si anak terus meninggalkan si ayah. Tanpa memberi walau sesaat untuk si ayah bersuara. Pakaiannya disumbatkan ke dalam beg. Lantas, dia meninggalkan banglo mewah ayahnya untuk memulakan kehidupan baru dengan sekeping ijazah yang dimilikinya.

SEPULUH tahun berlalu. Si anak kini merupakan seorang yang berharta mempunyai syarikat sendiri. Dengan isteri yang cantik dan anak-anak yang sihat. Cukup membahagiakan. Namun hatinya tersentuh. Sudah 10 tahun. Sejak peristiwa itu dia tidak pernah menjenguk ayahnya. Sedang dia berkira-kira, sendiri telefonnya berdering. Dari peguam ayahnya. Ayahnya meninggal dunia semalam...dengan mewariskan semua hartanya kepada si anak. Si anak diminta pulang untuk menyelesaikan segala yang berkaitan perwarisan harta. Pertama kalinya setelah dia bergelar bapa, si anak pulang ke banglo ayahnya. Memerhatikan banglo yang menyimpan 1001 nostalgia dalam hidupnya. Hatinya sebak. Bertambah sebak apabila mendapati di atas meja di bilik, bacaannya Al-quran yang di hempaskannya masih lagi setia berada di situ. Bbagaikan setianya

hati ayahnya mengharapkan kepulangannya selama ini. Perlahan-lahan langkahnya menuju ke situ mengambil al-quran itu. Membelek-beleknya dengan penuh keharuan. Tiba-tiba jatuh sesuatu dari Al-quran itu. Segugus kunci. Di muka belakang Al-quran itu, sebuah sampul surat ternyata diselotepkan disitu. Kunci itu segera dipungut. Hatinya tertanya-tanya. Nyata sekali...di dalam sampul surat itu...terdapat resit pembelian kereta idamannya...dibeli pada hari konvokesyennya... Dengan bayaran yang telah dilunaskan oleh si ayah. Sepucuk warkah tulisan tangan orang yang amat dikenalinya selama ini. "Hadiah teristimewa untuk putera kesayanganku". Air mata si anak menitis deras. Hatinya bagai ditusuk sembilu. Penyesalan mula bertandang...namun. semuanya sudah terlambat.

Pengajaran; Sekadar renungan bersama berapa banyak kita melupakan nikmat Allah, hanya semata-mata kerana nikmat itu tidak "dibungkus", didatangkan atau diberi dalam keadaan yang kita hajati?

Salam Aidil Adha

Selamat Hari Raya Aidil Adha...Kepada semua keluarga tersayang, sanak saudara yang berada di mana jua....di harap kalian sukses sentiasa... Pejam celik tanpa kita tak sedar hanya tinggal sebulan lebih sahaja lagi kita akan meninggalkan tahun 2010... Minggu ini merupakan minggu terakhir bersekolah kepada semua adik2 yang bersekolah selamat bergembira dan selamat bercuti.... kepada adik ku Adiey Amoey yang kini berada di UUM, sepupuku Wan di UNITEN dan sahabat2ku di ICT penang...selamat berjuang dalam exam dan selamat bercuti semester... kepada member2 yang bekerja di Singgapore, Johor n Genting....Selamat bekerja....Kepada Teman2 yang akan melangsungkan perkahwinan...Tahniah...Tidak lupa kepada sahabatku Helmi Bata...Selamat Pengantin Baru semoga kalian kekal hingga ke akhir hayat...Amin....InsyaALLAH...kalau tiada aral melintang samapilah kami nanti...Tidak lupa kepada kedua2 sepupuku Girl yang akan melangsungkan perkahwinannya di Singgapore bersama pasangannya....... Eppy dan pasangannya akan melangsungkan perkahwinan di Tambunan Sabah...Happy Married...Hope U'll Happy together...Seronokkan bila orang2 yang rapat dengan diri kita bahagia dan gembira....Akhir kata dari saya semoga apa yang kalian rancangkan berakhir dengan kegembiraan.....happy ending...